Selamat Datang keLaman Web 9W2XW.
Kepada Semua Pelawat ~~Web ini adalah untuk tujuan memperkenalkan Hobi Radio, sekiranya ada Individu yang kurang senang. Anda dinasihatkan jangan merayau merayau disini....Web site ini mempunyai notis dan karekter tersendiri, diharap kita akan dapat berkongsi maklumat bersama .Sekiranya ada apa apa masaalah sila hubungi saya memalui email "jangan merosakkan harta benda awam".. Terimakasih.
Tujuan web ini adalah untuk memperkenalkan radio amator dan sedikit guideline & persediaan mengambil peperiksaan radio amator (RAE)
RADIO AMATOR.
Radio Amator...satu hobi yang agak asing bagi seorang yang belum mengenalinya.Sebaliknya sesuatu yang menarik dan berinformasi untuk dikongsi bersama .
Selain dari berkomunikasi di UDARA, dengan stesyen lain,percubaan dan kajiselidik sering dilakukan oleh Ham radio untuk meningkatkan lagi keupayaan pemancaran sesuatu stesyen ,terutamanya keupayaan ataupun jangkauan liputan. Lokasi antena,Jenis antena yang digunakan juga mempengaruhi pemancaran sesebuah stesyen.Inilah yang sering dilakukan oleh "Ham Radio"operator selain dari memberi kerjasama kepada pihak tertentu sekiranya khidmat Ham Radio bila berlaku kecemasan ataupun bencana alam.
Sebagai contoh perkhidmatan yang sering dilakukan oleh Ham Radio adalah memberi bantuan komunikasi kepada Pasukan Penyelamat, Bomba, JPA 3, dan Syarikat swasta .Contohnya Tragedi Highland Tower diUlu Kelang,kebakaran Hutan diSik Kedah,bencana Tsunami,Penang International Bridge Run , LeTour deLangkawi , Petronas Rally , Rain Forest Challenge dan lain lain lagi melibatkan komunikasi yang dikendalikan oleh individu dari Ham Radio. Syabas kepada semua yang terlibat kerana selain dari berhidmat mereka ini juga secara tidak lansung memperkenalkan hobi ini kepada nusa dan bangsa !
Selain dari MARTS diMalaysia juga mempunyai satu Persatuan Radio yang melibatkan diri dalam memberikan khidmat kepada pihak yang memerlukan bantuan komunikasi pada masa masa kecemasan. MARES ataupun Malaysian Amateur Radio Emergency Services. mereka berpengkalan di Kuala Lumpur.
Hampir setiap tahun Ham Radio akan terlibat dengan JOTA ataupun Jamboree On The Air yang melibatkan komunikasi antara Pengakap dan Pandu Puteri diseluruh Dunia.Acara tahunan ini akan diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.Sila lawat laman web JOTA dibawah :-
http://www.arrl.org/FandES/ead/jota.html
Callsign yang pernah terlibat dalam JOTA seperti 9M2FK , 9M2BA , 9M2CL , 9M2LR , 9M2YMC , 9M2PPM , 9M2MM dan lain lain sudah tidak asing lagi dalam JOTA sepanjang penglibatan saya dalam Ham Radio.Anda boleh melawat laman web dibawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai JOTA diseluruh dunia. Selain dari itu juga Motorola Amateur Radio Club 9M2MOC juga terlibat secara lansung dalam membekalkan peralatan radio dalam menjayakan JOTA.
Komunikasi diudara memerlukan bantuan repeater ataupun pancarulang yang mengulang pancar setiap pemancaran yang diterima.Biasanya dalam VHF ,repeater dipasang dibukit ataupun gunung yang tinggi untuk memantapkan lagi penerimaan dan pemancaran.Repeater adalah alat bantuan untuk menghubungkan satu stesyen dengan stesyen yang lain.Selalunya mempunyai downlink dan uplink, TONE ataupun CTCSS sering digunakan untuk mengelakkan pemancaran dari stesyen yang tidak dikehendaki.
Bagi pemegang lesen "B" ataupun 9W2 (diikuti dengan 2 atau 3 abjad)..... VHF frekuensi adalah tempat untuk belajar berQSO dan mengenali selok belok pengendalian dan tatacara yang betul berkomunikasi. Selain dari membuat kajian atau ekperimen mengenai radio.Sebelum individu tersebut menduduki CW test untuk mandapat lesen "A"
Bagi pemegang lesen "A" ataupun 9M2....mereka boleh memilih samaada bekerja diVHF,UHF ataupun HF .Tiada sekatan bagi pemilik lesen "A" Inilah yang dinanti nantikan oleh semua penggemar penggemar hobi amator radio.
PERSATUAN RADIO DI MALAYSIA
Pihak Suruhanjaya Komunikasi ataupun Malaysian Communication and Multimedia Commission MCMC,akan mengumumkan didalam akhbar harian mengenai tarikh peperiksaan.Setiap tahun pehak MCMC mengadakan peperiksan radio amator.Calon yang layak dan lulus peperiksaan RAE ( Radio Amateur Examination )akan dianugerahkan "Lesen" dan "Callsign" mengikut akta komunikasi multimedia 1998.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia adalah badan induk yang mengawal selia semua aktiviti Komunikasi,Perlesenan dan juga perkara perkara yang bersangkutan dengan Amator Radio.
Keterangan lanjut sila lawat laman web CMC http://cmc.gov.my
Walaubagaimana pun Amator Radio dahulunya tidak mempunyai Repeater . Perhubungan lebih kepada "point to point" ataupun Simplex.
Keterangan lanjut mengenai Ham Radio sila lawat laman web MARTS dan laman web lain lain laman yang banyak diinternet :-
http://marts.org.my
http://www.greybeard.com/Radiolinks.htm
http://www.qsl.net/ylradio/become.html
Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang operator radio yang profesional rujuklah kepada orang orang yang lebih berpengalaman dan lawatlah laman web diserata dunia .Ataupun anda boleh menghubungi persatuan2 ,suruhanjaya komunikasi dan individu tertentu melalui email untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai hobi ini.
Soalan dan Jawapan mengenai Radio Amator :-
http://48148116.home.icq.com/question.html
"TERIMAKASIH KEPADA SEMUA SENIORs 9M dan 9W yang pernah mendidik saya suatu masa dulu.Kini tibalah masa saya membawa hobi ini untuk diperkenalkan kepada semua warganegara Malaysia...........".de9W2XW .
Cara Pengendalian Stesyen Radio ~ Mini Studio ~
Kita selalu dengar radio, ~~ Radio Era, THR , MixFm dan lain lain yang mana stesyennya mempunyai Juruhebah dan berkomunikasi dengan pendengar melalui komunikasi satu hala.Tapi kita jarang mendengar individu ataupun stesyen radio amator,pada segi teknikalnya lebih kurang sama. Peralatannya adalah transmitter dan receiver,ataupun pendeknya transceiver cuma yang membezakan radio broadcasting dengan radio amator adalah pengendalinya. Juruhebah dan kita sebagai pendengar tidak mempunyai "lesen" TAPI dalam radio amator kedua dua pendengar dan pemancar perlu mempunyai lesen yang sah untuk berkomunikasi.
Pemancaran terus dibuat dari Studio ke puncak bukit pemancar dan seterusnya didengar melalui corong radio atadah satu transmisi sehala. Yang hanya dapat didengar sahaja.Pendengar tidak boleh berkomunikasi dengan juruhebah melalui udara.~~ TETAPI ....Radio Amator adalah disebaliknya ia merupakan komunikasi dua hala yang memerlukan interaksi antara kedua pehak.Penerima dan Pemancar.
Dari segi teknikal ianya adalah pemancaran dan penerimaan.Cara pertuturan bahasa yang indah dan tidak berbau perkauman adalah prinsip utama pengendalian sistem radio.Selain dari itu sistem peralatan juga memainkan peranan penting seperti antena dan kuasa pemancaran.Walaubagaimanapun sistem Radio Broadcast lebih kepada hiburan komersil dan bukan komunikasi antara individu.( ini cuma perbezaan stesyen broadcast dengan stesyen radio amator )
Radio Amator adalah komunikasi antara individu yang mempunyai lesen pemancaran.Lesen Radio Amator dikeluarkan oleh SuruhanJaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Lesen "kompeten"yang dikeluarkan untuk individu yang berkelayakan.Individu yang berminat hendaklah melalui beberapa peringkat pembelajaran komunikasi yang merangkumi Teknikal,Tatacara Pengendalian,Ciri ciri Keselamatan Pengendalian dan juga Undang undang Komunikasi. Sesi kursus mungkin dikendalikan oleh M.A.R.T.S ataupun individu dari persatuan local ataupun anda boleh memilih sesiapa sahaja yang mempunyai lesen kompeten dan berpengetahuan tentang radio amator.Untuk kesana melalui internet ataupun laman web lebih senang sekiranya sukar untuk mencari individu terbabit.Sila semak di LINKs yang saya sertakan dihalaman ini,ataupun terus menghubungi saya melalui email untuk mendapatkan nota dan keterangan lanjut.
Kod Q & Callsign
Keunikan percakapan Q Kod dan cara pertuturan operator yang telah dilatih adalah satu kebanggaan kepada semua pemilik lesen Radio Amator."Callsign" ataupun tandanama diudara antara satu lagi asset yang manjadi simbol keunikan pengendali stesyen radio amator selain antena panjang dikereta dan menara tinggi dirumah.
Kod Q yang digunakan adalah menepati piawaian seluruh dunia dan huruf alpha serta cara sebutan adalah sama diseluruh dunia.Dibawah adalah laman untuk anda mengenali kod Q.
http://larc.unl.edu/qsign.html
Juga terdapat halaman yang boleh anda membuat rujukan mengenai contoh soalan dan lain lain sila lawat laman :-
http://www.mpicomputers.com/ham/
Callsign diMalaysia terbahagi kepada beberapa bahagian :-
"Prefix" ataupun pangkal nama tetap seperti 9M2 , 9W2 , 9M6 , 9W6 , 9M8 ,9W8 adalah pangkal nama tetap manakala "Suffix" adalah pilihan nama abjad dihujung callsign yang mungkin mewakili nama seeorang. Setiap negara mempunyai Prefix masing masing mengikut region tertentu ,ia juga melambangkan station dari negara tertentu . Anda boleh melawat laman web IARU untuk meneliti dengan lebih lanjut.Contohnya station dari Singapura menggunakan prefix 9V1 , manakala di Indonesia ialah YB0 ,YB6 ,YB5 dan sebagainya mengikut daerah tertentu dimana station mereka didaftarkan..
......." QRZ ...QRZ...This is Nine Whiskey Two Xray Whiskey"....(9W2XW) My handle is W....A....N...... i spell....Whiskey (W) ...Alpha.....(A) ...November....(N)..." QSL ?
....antara contoh penggunaan huruf phonetik internasional dan Q Codes.
Ingin Tahu Lebih Lanjut........
Sekiranya anda perlukan maklumat ataupun bahan bacaan ,hantarkan email anda.
Sampai Jumpa Lagi.....~~Selamat Maju Jaya~~"Ceriakan Arena Radio Amator Malaysia .."
73's & 88's de 9W2XW Pulau Pinang.
de9w2xw@yahoo.com