Ada Minat Ka ...????

Pengenalan Permulaan PeDaSss...shHH.. Galeri 1 Hubungi 9W2XW Link  Galeri 2 Kod Etika Radio Amator Guest Book

Sekiranya Anda Berminat.....

Hobi Amator Radio ini adalah "Raja" segala hobi...hobi yang memerlukan anda menduduki peperiksaan sebelom diberi peluang menggunakan frequensi untuk membuat pemancaran.

Ia berhubung kait dengan elektronik dan teknikal.Sememangnya ia adalah hobi teknikal .Tetapi ada juga golongan Profesional yang melibatkan diri seperti DJ Radio, Tentera , Ahli Perniagaan malah ada sebahagian dari Ham Radio adalah Pembesar Negara seperti King Hussein Jordan ( JY1 )dan Permaisuri Noor ( JY1NH )adalah pengemar hobi Amateur Radio . Callsign seperti King Hussein adalah esklusif  JY1 . Sayangnya ham komuniti kehilangan satu station yang aktif seperti beliau .......http://48148116.home.icq.com/jy1.html  

Artikel mengenai King Hussein :-

     http://www.hamradio-online.com/1999/feb/jy1.html

Selain dari King Hussein , Rajiv Ghandi (VU2RG), Sonia Ghandi (VU2SON) , Amitabh Bachchan (VU2AMY) ,Marlon Brando (FO5GJ),Yuri Gagarin (UA1LO),Keizo Obuchi ( JI1KIT),Tunku A. Rahman (9M2TR),Priscillia Presley (N6YOS)dan banyak lagi.....antara nama yang selalu kita dengar dimedia massa...

Selain daripada itu sebagai permulaan menjadi Ham Operator anda perlu peka pada alam sekeliling seperti cuaca isu semasa dan sebagainya. Dalam Ham Radio juga  ada perkara perkara yang tidak dibenarkan untuk kita menyampaikannya melalui udara seperti urusan perniagaan , menyampaikan pesanan pihak ketiga dan sebagainya .

 

Cari Station Amator berhampiran anda......

Carilah station amator yang ada berhampiran anda untuk mendapat bimbingan cara pengendalian peralatan ,antena,cara pengendalian dan sebagainya. Anda boleh menggunakan peralatan dan membuat pemancaran dengan menggunakan "callsign" station tersebut dengan syarat pemegang callsign mestilah berada disebelah anda.

Callsign Kelab ( Club Callsign )

Lebih baik lagi kalau ada aktiviti aktiviti radio disekitar anda seperti JOTA JOTI pada bulan Oktober kebiasaannya Kelab Radio akan membuka station mereka untuk aktiviti kepada orang ramai . Anda boleh mencuba bakat anda pada masa ini.

Station Veteran diPulau Pinang

Sepanjang pengelibatan saya didalam arena amator radio, ramai senior ataupun station yang memberikan tunjuk ajar dan yang paling saya hormati adalah Pak Eshee 9M2FK . bagi saya Pak Eshee adalah station yang paling aktif berkomunikasi dan mempunyai karekter yang tersendiri....... http://www.qsl.net/seanet2002/history.htm

 

 

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia

Rujuklah dilaman web Suruhanjaya Komunikasi dan MUltimedia Malaysia tentang perkara perkara berkenaan undang undang dan berita semasa yang terdapat dilaman web.

Antara Aktiviti Hams Radio.

 

Callsign

Setelah lulus Radio Amateur Examination anda akan dianugerahkan sijil dan "callsign" yang akan membawa anda keudara....

Callsign adalah panggilan yang menggantikan nama anda semasa beromunikasi diudara dengan station lain.Ianya juga membezakan stesyen dari negara luar, semua callsign diseragamkan seluruh dunia.Ianya adalah dibawah IARU ataupun International Amateur Radio Union.

Sebelum Suruhanjaya menggeluarkan callsign , calon terpaksa melalui beberapa perkara selain daripada mendapat keputusan lulus dari Suruhanjaya dalam RAE.